Sunday, 15 September 2013

Notice Me Bab 1


Salam Semua,

Okay setelah lama berfikir akhirnya terhasil juga karya saya ni. Silalah baca. Saya tahu banyak kekurangan. Tetapi saya akan improve dari masa ke semasa. Feel free to comment or critics... hehehe..



            “We are best friend right? No need to worry. And I’m glad I’m here.”  Kata Illa sambil mengusap rambut Aniya.
            Menitis air mata Aniya apabila Illa kawan baiknya datang padanya pada waktu yang tepat. Bukan maksudnya ingin menyusahkan kawannya.  Jarak antara rumahnya dan Illa mengambil masa setengah jam untuk sampai. Itupun jika Illa memandu 120 km/j. Tetapi Illa memang sahabat karibnya kerana menerima panggilan daripadanya dalam keadaan menangis. Illa tidak betah untuk membiarkannya bersendirian.
            Dia bukanlah seorang yang lemah. Tetapi setelah putus cinta dengan Amir keadaannya begitu teruk. Ya, dia terlalu bodoh untuk terus bersedih. Memori bersama Amir sentiasa ada dalam fikirannya. Dia tidak dapat melupakannya walaupun sedetik. Pernah dia terfikir, apa akan jadi kalau dia bunuh diri saja. Tetapi Iman yang ada dalam dada mampu menghalang dia berbuat demikian. Dia tidak betah apabila sentiasa terfikir kan Amir setiap masa. Dan dia berasa terlalu bodoh kerana masih berharap keadaan akan kembali seperti biasa. Dia akan berubah sekiranya Amir sudi menerimanya kembali. Hampanya wajah Aniya apabila Amir menjawab bahawa, Aniya tidak akan berubah.
            “Ya” Aniya menjawab kata-kata Illa. Itulah ayat yang sering diucapkan oleh Illa apabila Illa rasa Aniya hanya menyusahkannya.
            “ Sekarang bagitau aku, kenapa kau menangis lagi ni?” Kata Illa sambil memandang Aniya yang bersedih. Matanya sembam. Entah berapa jam sudah Aniya berada dalam keadaan begitu. Kadang-kadang dia risau dengan Aniya. Takut Aniya akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Nauzubillah. Illa beristighfar dalam hati. Tapi dia tahu Aniya seorang yang tabah. Cuma dia perlu masa untuk melupakan Amir.
            “ Jangan kau kata, kau sms ex boyfriend kau yang tak guna lagi tu?” kata Illa apabila dia rasa Aniya seperti susah untuk menerangkan kepadanya kenapa dia menangis. Dan dia memang sengaja menggunakan perkataan tak guna kepada ex boyfriend Aniya.
            Aniya tersenyum. Memang Illa sangat memahaminya.
            “ Aku cakap, aku nak balik dengan dia” Kata Aniya sayu.
            “ Habis tu apa dia cakap?” Kata Illa meninggikan suaranya. Nada suara Illa menunjukkan dia geram dengan Aniya. Dari gaya Aniya bercakap dia tahu apa jawapan yang diberikan oleh Amir. Tetapi Illa tetap mahu kepastian.
            Aniya menyerahkan handphone Sony Erricson miliknya kepada Illa. Illa membaca Inbox dan menekan pada nama sayang. Dia tahu Aniya memanggil Amir Sayang. Aniya ni memang bodoh. Masih lagi simpan nombor si Amir sebagai sayang. Kalau aku dah lama aku delete. Setia betul lah minah ni. Kata Illa dalam hati. Sempat dia mengutuk kawannya dalam hati.
            Kita tak boleh bersama, aku dah ada orang lain. Sorry.
            “ Kan. Memang aku dah agak. Sudahlah Aniya. Mulakanlah hidup baru. Tak guna kau ingat si Amir tu lagi. Bukan dia ingat dengan kaupun kan. Kau disini menangis bagai nak rak. Disana dia berkepit dengan perempuan lain’ kata Illa sengaja membakar hati Aniya. Biar sedar sikit.kata Illa dalam hati.
            “ Ramai lagi lelaki kat luar sana. Apa kata kau mengurat cikgu kat sekolah kau tu. Siapa  namanya yang kau kata handsome tu?”
            “ Siapa? Danny?’ Tanya Aniya kepada Illa. Illa ni memang pandai lari dari topik perbualan. Tetapi memang satu persamaan diantara dia dan Illa, iaitu suka tengok lelaki handsome. Tetapi sekarang ni dia tengah sedih pasal Amir. Walaupun topik itu agak mengujakan sebelum ini. Agak kurang sesuai dibualkan pada masa ini.
            “ Bukanlah. Cikgu yang kau cakap sombong tu. Siapa nama dia oh. Aku tak ingat.” Kata Illa. Illa macam lebih berminat dengan topik pasal hendak mengurat cikgu handsome daripada mendengar kisah sedih Aniya yang tiada kesudahan.
            “ ohh… Hatta” . Kata Aniya perlahan. Hatta cikgu yang handsome tetapi sombong.Description tentang Amir yang biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah. Rasanya semua guru di sekolah Bukit Tinggi mengatakan benda yang sama. Nasib baik handsome. Kalau tak? Kalau tak kenapa Aniya?  Aniya ketawa dalam hati. Kalau tak aku tak pandang pun.Kata Aniya didalam hati. Sedikit beralih tumpuannya.
            “ Ya, Hatta’’ kata Illa dengan mata yang bersinar.
            ‘ Ada-ada ja lah kau ni Illa’ Kata Aniya malas hendak melayan Illa. Tetapi sedikit perasaannya lega. Apabila bercakap dengan Illa tumpuannya akan beralih sedikit. Walaupun bayangan Amir tetap ada. Hatta? Kalau Hatta dengan aku tak taulah. Lagipun pada masa ini dia tidak mahu menjalinkan apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki. Baginya kehilangan Amir memberikan impak yang besar dalam hidupnya. Dan dia tahu, dia tidak akan dapat melupakan Amir dalam masa terdekat. Dia pasti tentang itu.
            “ Illa kau tidur sinilah malam ni okay. Temankan aku” kata Aniya memujuk rayu.
            “ Memang aku nak tidur sinipun. Nak guard kau. Mana tau kau nak plan something yang bukan-bukan ke” Kata Illa nada bergurau.
            “ Aku waras lagilah Illa, jangan risau.” Kata Aniya sambil ketawa. Ketawa yang dia rasa pahit. Jika Illa tak ada disini dia mungkin terfikir sesuatu yang tidak waras. Syukur pada tuhan mengirimkan dia sahabat sebaik Illa.
            “ Jomlah tidur, aku dah penat menangis ni. Kau pun drive tadikan. Esok nak kerja lagi’ kata Aniya kepada Illa, sambil tangannya menyusun bantal untuk mereka berdua.
            “ Okay. Kau pun tidur lah k. Aku ada kat sini kalau kau rasa kau perlu aku” Illa memeluk Aniya. Dia tahu Aniya mengalami masa yang sukar sekarang ni. Dia seboleh-bolehnya ingin membantu Aniya.
            ‘ Aku ok lah’ Kata Aniya. Dan Illa meleraikan pelukannya.
           
            ‘ Kalau begitu kita putus jelah, Sayang langsung tak peduli keadaan Aniya kat sini. Aniya sedih ke. Ada masalah ke. Entah disana sayang bersuka ria dengan perempuan lain’ Kata Aniya kepada Amir sengaja membakar hati Amir.
            Bayangan dimana dia dilepaskan Amir bermain di fikiran Aniya sebelum dia lelap. Itulah yang selalu bermain di fikirannya. Dan bayangan itu sentiasa ada dalam kepalanya. Akhirnya Aniya tertidur juga dengan segala satu macam memori nya bersama Amir.