Wednesday, 14 December 2016

KOREA TRIP OCT'16 - ANNE & SHELING. - DAY 1



Aneyasayo....

Macam dalam tajuk, malam ni nak share pasal trip I pergi Korea last month. Actually kan this is my first time visit there and Korea adalah salah satu wishlist yang mesti sy buat tahun 2016 juga walaupun ribut and duit musnah datang melanda. LOL.

Mesti kamu tanya2 kan macamana orang biasa yang sentiasa kekurangan duit ni dapat pergi sana. Year 2016 adalah tahun yang paling bermakna dalam hidup ku. sebab 2 kali datang KPOP concert and pergi Korea.

Let me share wit you my budget , random2 jelah kan sebab tak ingat sangat but this one not include the flight ticket. I tak pakai tour guide walaupun first time pergi oversea other than Brunei , like Mama aku cakap , kalau sudah aku cakap aku pergi aku pergilah tu.. hahahah.

I bawa pocket money RM 2,500.00 = 625,000 KRW

Senang cerita sebab kat sana pakai ribu2 so memang you all susah nak convert and still blur2  . Ok I bagi u satu formula nak faham.

1000KRW = RM 4. Nilai kat Malaysia RM1 = 1000KRW. so sbgai contoh  anything yang macam air harga RM1 kat malaysia so u buy kat Korea 1000 won. Means harga tu air RM4. Faham ?? kalau tak faham baca balik.

Ok sebelum aku teruskan dengan Day-1 aku kat sana, walaupun aku takde tour guide but aku memang suka tengok drama korea since i kecil so U know how addict am I.So tahulah serba sikit bahasa korea and aku da research somtg about korea then aku jumpa ini page
Korea Tourism  which is boleh bagi korang discount2 entrance fee kat sana.. but i only use the coupon untuk enter LOTTE world ja.. sob sob.

Ok let me present you my precious day 1



Day 1 

* Arrive at Incheon Airport  around 2pm somtg.
     Kat sini nak bagi tip sila keluar cepat dari flight so korang takyah lah beratur panjang untuk cop pasport . kalau tak menunggu lah satu jam.

Habis ja, we all pergi convenience store kat Airport untuk tukar T-Money that given by Korea tourism boleh pergi page (web atas) actually kalau beli tu card 3000won juga oh.. untung lah and the korea tourism topup sedia 2500won kat dalam. So I topup lagi 25000 won. ( cukup untuk transportation fee we all satu minggu kat sana.)

Habis ja beli T-Money  misi nak mencari bus.. nah kau disana terkial2 sudah research but duno how to stat so kawan aku suggest tanya  (information ? ) kaunter pertanyaan kat airport. So we give our address guest house then dia tulis lah somtg and suruh ikut bus nombor berapa.



* Naik bus pergi ke Myeongdong house .
 ( pacik bas buang kami di satu tempat entah tak tahu macam lebih 1 jam juga kami cari our guest house dengan orang Korea tak pandai cakap english tapi yang bagusnya dorang ni sudi tolong. Atas bantuan pacik dan macik we all sampailah ke guest house tu juga.

* Guest House ( 7 Night ) - 211700 KRW - yang ni kitaorang bahagi dua cincai lah 400 sorang.
Mula2 we got upset dengan tempat guest house rasa nak tukar je tempat menginap , tapi since tak leh refund so we all decide duduk jelah.
Tapi lama2 we all rasa selesa pula, yang bestnya kat korea sana tak pakai kunci or kad nak buka pintu tekan2 je macam dalam drama korea tu.. kat Malaysia ada? belum lagi aku jumpa so excited i am.


* Malam kitaorang lapar so g Myeong dong market. dapat lah makan Banana Nutella Pancake. Myeong dong famous dengan street food but i only get the Banana Nutella pancake only . But i manage to buy maracoon Paris Baguette. kalau kat sini kita rasa maracoon nya manis kan.. I rasa kat Korea sedap tak manis sangat menyesal beli dua je.. mahal ging... menangis kalau pergi convert. Oklah tu merasa.

Last for today post. i belanja uolls  my picture . And kalau ada soalan just leave a comment nanti i reply.



Sampai kat Incheon Airport.

Dalam bus yang ajusshi just tinggal kan kita orang kat mana ntah.. lepastu taubat taknak pakai bus biarlah pakai train je walaupun terpksa angkat luggage turun naik tangga. Harga ticket bus pergi ke Myeong Dong 12000won

 Myeong Dong Street - sakai lah juga.

Nampak tak oppa hensem kat belakang.. Btw aku tengah tungu Banna Nutella Pancake.. Yummy.  but sheling x suka... so slamat makanan aku. LOL.

ok itu je agasshi... next kalau aku rajin aku buat Day 2 - Nami Island & Banpo River Trip


Anyoooo................................










Tuesday, 29 October 2013

ARROW SEASON 2


Hi macik-macik blog... hehe

Sebab aku malas nak buat sambungan citer EMPTY HEART & NOTICE ME..maka.....



harini nak wat review pasal Drama Siries ARROW season 2... sape tengok? mst tak ramai kan... sebab semua kawan2 saya tak tengok... takde geng nak cite2 pasal ARROW... kalau nak tau  arrow ni watak dalam SMALLVILLE Oliver Queen wichis ilang kat Island selama 5 years. Watak dia kat smallville kecil sangat. So in Drama Siries ni berkisarkan penuh tentang pengalaman dia hilang kat Island tu. dari dia seorang playboy..boleh jadi Vigilante... super WOW... hehe dahlah handsome.. ok stop for the Intro..



Sekarang ni ARROW season 2 tengah airing kat tv ( aku tak tau tv ape) . tapi aku download online jer kat  SINI... sape belom pernah tengok arrow season 1..pun ada kat link tu... pandai2 lah cari...

Arrow season 2 ni lagi macam best lah... sebab ada watak baru.. Black Canary..dan aku pun berangan nak jadi perempuan tu.. ahaks!! dengar2 black canary ni adik kepada Laurel yang disangka mati semasa GAMBIT karam ... tapi nampaknya Sarah lance ( adik kepada Laurel) masih hidup... Hal ni aku baca kat komen kat FB aku tak taulah betul ke tak.. sekarang ni season 2 baru sampai episode.. Is kill me to wait next week..

Ok kalau suri rumah atau pengganggur yang berjaya xde kerja nak buat... download lah citer kat link aku bagi tu yer... k bye...

p/s: tengah plan nak buat cover letter yang super..tiba2 aku singgah kat blog...Inilah hasilnya kalau buat kerja sambil online.,.kerja tak siap ilmu pengetahuan meningkat...

Monday, 21 October 2013

EMPTY HEART Part 2


Why U think about the one who never remember U

I think about U...

Realy?

Of course no...haha

As expected...

How do u know he never remember me?

Who?

The one who doesnt remember me...

I dont know , i just assume... Well ... u know all the guys is the same..

But he different... I know him for long... And it because my faults we end up like this..

Its good if u know...

Sarah!!

Hahaha... Come on gurl... U have to forget about him..

I want to.. But i cant... Every moment i spend with him its all in my head...

Which moment?

All of its...

No wonder u have A1 in history ...

Its not joke Sarah...

Im not joke to Ryn.. It the times to for u to forget about Farish..

If I cant?

I will help you, we all will help you...

How?


..........................................................

Even my story is short... hope u enjoy!!... daaaa...

Empty Heart Part 1











The pain u give me.. I wanted to say thank you very much

Why?

U know what? The day u leave me... Its the end for me.. I cant sleep, eat , teach my student.. I became angry person.. Im so sad when u say u will let me go forever from your heart..

U, the one who wanted to breakup...

Yes i do, u know why?..

Because i dont have time for you... U jelous if i with other girl and u cant trust me anymore because of the past incident..

So u know... I thought u dont know how i feel... U not even try to make me feel better or try to gain my trust again..

I do sometimes, but u cant see it.. I try to text u eventhough i busy with some task given by the company i work for... But u reply just "ok" .. And u have reply me.. Go to hell " U remember?

So , U say its all my faults.?. ok.. I admitted. I'm to much...but I dont want u to go hell... I Love U...

We cant be together... The feel that i have for you is gone litle by litle when u always wants to breakup with me. ...and now my love for u is gone...

I will wait for you.


I never come back to you.. 

.....................................................................................................

Hehehe... ok aku tau my english suck.. sorry for the error...  a piece of story for u... hope u enjoy!!..


Sunday, 15 September 2013

Notice Me Bab 1


Salam Semua,

Okay setelah lama berfikir akhirnya terhasil juga karya saya ni. Silalah baca. Saya tahu banyak kekurangan. Tetapi saya akan improve dari masa ke semasa. Feel free to comment or critics... hehehe..



            “We are best friend right? No need to worry. And I’m glad I’m here.”  Kata Illa sambil mengusap rambut Aniya.
            Menitis air mata Aniya apabila Illa kawan baiknya datang padanya pada waktu yang tepat. Bukan maksudnya ingin menyusahkan kawannya.  Jarak antara rumahnya dan Illa mengambil masa setengah jam untuk sampai. Itupun jika Illa memandu 120 km/j. Tetapi Illa memang sahabat karibnya kerana menerima panggilan daripadanya dalam keadaan menangis. Illa tidak betah untuk membiarkannya bersendirian.
            Dia bukanlah seorang yang lemah. Tetapi setelah putus cinta dengan Amir keadaannya begitu teruk. Ya, dia terlalu bodoh untuk terus bersedih. Memori bersama Amir sentiasa ada dalam fikirannya. Dia tidak dapat melupakannya walaupun sedetik. Pernah dia terfikir, apa akan jadi kalau dia bunuh diri saja. Tetapi Iman yang ada dalam dada mampu menghalang dia berbuat demikian. Dia tidak betah apabila sentiasa terfikir kan Amir setiap masa. Dan dia berasa terlalu bodoh kerana masih berharap keadaan akan kembali seperti biasa. Dia akan berubah sekiranya Amir sudi menerimanya kembali. Hampanya wajah Aniya apabila Amir menjawab bahawa, Aniya tidak akan berubah.
            “Ya” Aniya menjawab kata-kata Illa. Itulah ayat yang sering diucapkan oleh Illa apabila Illa rasa Aniya hanya menyusahkannya.
            “ Sekarang bagitau aku, kenapa kau menangis lagi ni?” Kata Illa sambil memandang Aniya yang bersedih. Matanya sembam. Entah berapa jam sudah Aniya berada dalam keadaan begitu. Kadang-kadang dia risau dengan Aniya. Takut Aniya akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Nauzubillah. Illa beristighfar dalam hati. Tapi dia tahu Aniya seorang yang tabah. Cuma dia perlu masa untuk melupakan Amir.
            “ Jangan kau kata, kau sms ex boyfriend kau yang tak guna lagi tu?” kata Illa apabila dia rasa Aniya seperti susah untuk menerangkan kepadanya kenapa dia menangis. Dan dia memang sengaja menggunakan perkataan tak guna kepada ex boyfriend Aniya.
            Aniya tersenyum. Memang Illa sangat memahaminya.
            “ Aku cakap, aku nak balik dengan dia” Kata Aniya sayu.
            “ Habis tu apa dia cakap?” Kata Illa meninggikan suaranya. Nada suara Illa menunjukkan dia geram dengan Aniya. Dari gaya Aniya bercakap dia tahu apa jawapan yang diberikan oleh Amir. Tetapi Illa tetap mahu kepastian.
            Aniya menyerahkan handphone Sony Erricson miliknya kepada Illa. Illa membaca Inbox dan menekan pada nama sayang. Dia tahu Aniya memanggil Amir Sayang. Aniya ni memang bodoh. Masih lagi simpan nombor si Amir sebagai sayang. Kalau aku dah lama aku delete. Setia betul lah minah ni. Kata Illa dalam hati. Sempat dia mengutuk kawannya dalam hati.
            Kita tak boleh bersama, aku dah ada orang lain. Sorry.
            “ Kan. Memang aku dah agak. Sudahlah Aniya. Mulakanlah hidup baru. Tak guna kau ingat si Amir tu lagi. Bukan dia ingat dengan kaupun kan. Kau disini menangis bagai nak rak. Disana dia berkepit dengan perempuan lain’ kata Illa sengaja membakar hati Aniya. Biar sedar sikit.kata Illa dalam hati.
            “ Ramai lagi lelaki kat luar sana. Apa kata kau mengurat cikgu kat sekolah kau tu. Siapa  namanya yang kau kata handsome tu?”
            “ Siapa? Danny?’ Tanya Aniya kepada Illa. Illa ni memang pandai lari dari topik perbualan. Tetapi memang satu persamaan diantara dia dan Illa, iaitu suka tengok lelaki handsome. Tetapi sekarang ni dia tengah sedih pasal Amir. Walaupun topik itu agak mengujakan sebelum ini. Agak kurang sesuai dibualkan pada masa ini.
            “ Bukanlah. Cikgu yang kau cakap sombong tu. Siapa nama dia oh. Aku tak ingat.” Kata Illa. Illa macam lebih berminat dengan topik pasal hendak mengurat cikgu handsome daripada mendengar kisah sedih Aniya yang tiada kesudahan.
            “ ohh… Hatta” . Kata Aniya perlahan. Hatta cikgu yang handsome tetapi sombong.Description tentang Amir yang biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah. Rasanya semua guru di sekolah Bukit Tinggi mengatakan benda yang sama. Nasib baik handsome. Kalau tak? Kalau tak kenapa Aniya?  Aniya ketawa dalam hati. Kalau tak aku tak pandang pun.Kata Aniya didalam hati. Sedikit beralih tumpuannya.
            “ Ya, Hatta’’ kata Illa dengan mata yang bersinar.
            ‘ Ada-ada ja lah kau ni Illa’ Kata Aniya malas hendak melayan Illa. Tetapi sedikit perasaannya lega. Apabila bercakap dengan Illa tumpuannya akan beralih sedikit. Walaupun bayangan Amir tetap ada. Hatta? Kalau Hatta dengan aku tak taulah. Lagipun pada masa ini dia tidak mahu menjalinkan apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki. Baginya kehilangan Amir memberikan impak yang besar dalam hidupnya. Dan dia tahu, dia tidak akan dapat melupakan Amir dalam masa terdekat. Dia pasti tentang itu.
            “ Illa kau tidur sinilah malam ni okay. Temankan aku” kata Aniya memujuk rayu.
            “ Memang aku nak tidur sinipun. Nak guard kau. Mana tau kau nak plan something yang bukan-bukan ke” Kata Illa nada bergurau.
            “ Aku waras lagilah Illa, jangan risau.” Kata Aniya sambil ketawa. Ketawa yang dia rasa pahit. Jika Illa tak ada disini dia mungkin terfikir sesuatu yang tidak waras. Syukur pada tuhan mengirimkan dia sahabat sebaik Illa.
            “ Jomlah tidur, aku dah penat menangis ni. Kau pun drive tadikan. Esok nak kerja lagi’ kata Aniya kepada Illa, sambil tangannya menyusun bantal untuk mereka berdua.
            “ Okay. Kau pun tidur lah k. Aku ada kat sini kalau kau rasa kau perlu aku” Illa memeluk Aniya. Dia tahu Aniya mengalami masa yang sukar sekarang ni. Dia seboleh-bolehnya ingin membantu Aniya.
            ‘ Aku ok lah’ Kata Aniya. Dan Illa meleraikan pelukannya.
           
            ‘ Kalau begitu kita putus jelah, Sayang langsung tak peduli keadaan Aniya kat sini. Aniya sedih ke. Ada masalah ke. Entah disana sayang bersuka ria dengan perempuan lain’ Kata Aniya kepada Amir sengaja membakar hati Amir.
            Bayangan dimana dia dilepaskan Amir bermain di fikiran Aniya sebelum dia lelap. Itulah yang selalu bermain di fikirannya. Dan bayangan itu sentiasa ada dalam kepalanya. Akhirnya Aniya tertidur juga dengan segala satu macam memori nya bersama Amir.


Thursday, 29 August 2013

BANTUAN MENYIAPKAN TUGASAN/ ASSIGNMENT

Salam, hello, hi

Okay oleh kerana harini saya baik hati, saya nak tolong buatkan assignment kepada yang tak sempat-sempat macam gambar di bawah ni kan kan..


Ok tengok pada tajuk tu disini saya ingin menawarkan perkhidmatan menyiapkan tugasan kepada pelajar-pelajar universiti ataupun kolej.

Saya nak ringkaskan kat sini , saya berpengalaman membuat beberapa tugasan dari berlainan universiti. Tugasan yang diberikan adalah berlainanan bergantung kepada kos yang diambil oleh mereka.
Tetapi perkhidmatan ini hanya dijalankan melalui mulut ke mulut sahaja, kerana sebelum ini saya bekerja. Oleh kerana pada masa ini saya sudah tidak bekerja maka saya mengambil keputusan untuk membuka tawaran perkhidmatan ini kepada pelajar di luar sana.
Nak bagi details tentang diri saya supaya korang percaya;

·         Norainie Mohamad Talip
·         Ex student UMS
·         Pelajar Jurusan Kewangan Islam
·         Berpengalaman menyiapkan pelbagai tugasan
·         Boleh buat tugasan dalam bahasa inggeris atau bahasa Melayu

Okay tentang bayaran kita boleh bincang..saya tak ambil banyak sangat. Boleh negotiate.
Kalau tuan puan encik cik kat luar sana takde masa nak buat assignment boleh lah pass kat saya ..
Kalau boleh paling lewat pun 10 hari sebelum tarikh assignment dihantar.lagi awal lagi bagus.
Last sekali cara nak hubungi saya?


Boleh sent ke email saya : anne_lakushu86@yahoo.com

Papahal saya akan reply email. Jangan risau saya selalu cek email. 

And please please no spam.. Thanks..  =)

Thursday, 4 July 2013

WHATAPPS, WECHAT, FACEBOOK, TWITTER , INSTAGRAM & KEEK...

Salam Bro wasap2x..

lama tak update blog yang mmg sedia sunyi sepi belaka.. tiba2 aku rasa nak update pula..tapi tak tau entry apa.. soryy ah geng cakap malaya... atleast kalau peminat aku baca dia pahamlah... ok nak start relate dengan tajuk.. hehehe amacam tajuk mencabar tak? mencabar kan kan kan... hehehhee..

weii geng nanti aku blogwalking k.. lama x jalan bz memanjang kalah surirumahtangga yang asyik layan sinetron sampai lupa masak macam mak aku.. hehehe melalut..sori...

Akukan kalau buat karangan aku tak suka ada pendahuluan, isi then kesimpulan. kalau boleh aku nak simpan semua dalam satu perenggan.. hehe . adakah anda paham maksudku.. hehe. jika paham anda seorang yg genius ..kalau x mmg jenis yang lambat pickup.. ok dah panjang menulis tak masuk tajuk lagi..



Alkisahnya begini pasal whatapps ni kan... aku ada satu grup dengan exsecondary school aku dulu2... hehe.. dijadikan cerita satu malam ni kami dapat satu berita yang kawan kami ni akan bertunang tidak lama lagi..dan dijadikan cerita siapakah gerangan tunangnya adalah dikalangan classsmate woow!! imperesive !! so kami sebagai mamarazzi dengan tidak bergajinya menjalankan tanggungjawab untuk mencari jawapan.. akhirnya kami mendapatkan jawapan. sekian.. heehe. itulah kegunaan watapps yang sangat berguna... aku malas nak xplain panjang2.. korang trylah buat group sendiri..then u can feel it when u connected with people yang mcm2 perangai.. hahhaa..



Itu hal whatapps kat wechat pulak kita bole walky talky.. kalau sepisis yang malas menaip tu memang  sesuai sangatlah.. kadang2 kan dengan wechat dan whatapps akan membantu kita release tension kadang2 jadi therapy.. kira macam dunia social yang privacy ckit n free opkoz..



Facebook pula ramai yang guna.. aku pun ada grup juga kat sini bagi kwn2 tercinta aku yang takde smartphone.. jadi kalau nak isu semasa log in je facebook..ok guyzz??? x yah tengok berita.. hehehe..



Kalau yang nak trip2 comel pulak..install INSTAGRAM kat smartphone korang.. ha.. lepastu nak begambar macamanapun ambillah.. hehehe.. xde sapa nak larang tapi ramai yang menyampah diam2.. hahha.. biasalah jeles .tp korang jangan lah over sangat mentang2 cantik... hari2 dalam home muka u oll je.. agak2lah.. eh eh.. macam lain pula ni.. hehehe.. ok jangan terasa k.. ..




HA.. sapa yang minat nak jadi artiz..tapi tak berkesempatan try install keek.. ha engkau buatlah video bebanyak.. hehe tapi biasanya keek orang2 biasa macam kita ni orang x tengok. then tak ramai orang biasa buat keek. saya suka sangat tengok keek anak tomok BIASAA DIA Nee. comel sesangat..  n banyak sangat lah.. hehehe...

ok tu jelah sebenarnya aku ni cari ilham menulis utk assigment aku ni..risau sabtu ni dah kena hantar 3 assigment..

k bye.


Monday, 4 February 2013

PSY datang ke MALAYSIA .. APA KATA SAYA???


salam salam helo... hehe.. x jawab salam bedosa...bagi salam tu sunat... hehhee

tengah buat apa tu..buat apa lagikan ...baca blog Ai la kan.. hehe..

harini banyak baca dalam status PSY datang Malaysia.. hehe..mulalah alim ulama dan pakar2 politik tak bertauliah akan keluar memberikan pendapatnya... then ..sama lah macam saya... saya tak nak masuk politik..tapi saya nak jadi ustazah hari ni... hehhee

PENDAPAT SAYA La kan... (  macam x pasti je ayat tu)

Mula2 rasa menyampah jua lah kan dengan PM kita tukan daripada dia bayar PSY tu perfom kat malaysia..bagus dia bagi aku duit kan...ini ayat famous lah  ni... haha.. tapi kan PM kita dah bagi BRIM.. itulah rakyat Malaysia dibagi nak lagi nak lagi..hehhee.. tamak..nafsu x pernah puas..hehehe.. sedarkah kita?????? yang ni u pikir sendiri..

kalau tengok dari segi agama memang tak patut lah PM kita panggil PSY ajaklah alim ulama datang cni...maher zain ke... hehe..tapi kita penah ke pikir Maher zain dah 2 kali datang Malaysia... kita jer tak nak berabis nak pergi... hmmm... kalau kita tengok dari segi positif.. sebenarnya ini dugaan buat umat islam kat Malaysia.. nak uji sejauh mana iman kita... Kalau pergi maksdnya kita menyokong lah apa yang PM kita tu buat.. so apakata ambil keputusan jangan pergi..buat boikot ke???? macam uols buat boikot MCD... wajarkan... menunjukkan Umat islam di Malaysia masih ada iman..

Jadi itu kata saya... kata awak pula.. hehehe. ( jap lagi kawan2 sebangsa aku marah sebab kemelayuan sangat)...hehe

Ok bye..

P/s : xde entry untuk BOLEH KE MAKAN MCD?.. sebab malias nak tulis full entry dengan hujah sekalian.. hehehe.. tapi hasil surfing dan iman didada..masih  setia. boikot MCD... Moga ALlah mudahkn urusan kita didunia dan akhirat.... AMIN..

Monday, 21 January 2013

KENAPA AKU RASA BLOG AKU TAK BOLEH BLAH

Malam ni aku kena jemput lagi makan kat ex rumah aku dulu.. hehe kawan aku buat bihun goreng,...jadi aku apa lagi dah jemput xkan nak tolak...hehhee.. pastu da kek pisang lagi  nyum...

xtlly aku update blog aku ni bukan apa.. tadi kawan wassap aku tanya sal blog .. hahaha..ntah last bila aku update blog ni..

aku nak masuk tdo ni... jadi aku try la buka sekejap..lupa pula pasword...hahaha... last2 login try macam2 pasword ahernya boleh lah juga log in.

pastu aku view la blog aku yang tak boleh blah ni...  eh... buruknya blog aku ni...part yang aku tak tahan tu..picture aku...2..aish..rasa nak tuka ..tapi macam malas pula nak edit template... SABA jelah tengok gmbar aku yang tak berapa cute tu hehehe...

BTW .. nak update pasal MCD la...sebenarnya dah boikot mcd ni..tahan2 jer nak makan..rasa macam nak tegugat ja iman..sekali dengar ada kawan bagitau... mcd kat malaysia..dia tak salur kan ke yahudi... BETUL ke??? okay jom kita sama2 surf!! x nak stat makan selagi x sahih cerita... 

Alaaa... x jumpa...nanti kalau saya rajin saya akan cari lagi.dengan fakta2 yang boleh diguna pakai dan sahih...

p/s : nantikan update blog selepas ni..pasal DAH BOLEH MAKAN MCD KE?  .. abaikan picture aku yang cute tu ok!!

Nyte guys!!

Sunday, 7 October 2012

Malas!!

Hari isnin merupakan hari kemalasan sedunia. Kenapa?? sebabbbb.. hari isnis kita start kerja jadi perasaan cuti waktu hujung minggu masih ada...


hari ini aku memang malas gila...lagi2 client aku mintak apa pun aku tak tahu..jadi aku betmbah la malas..jadi syaitan pun bertambah sukala ni kan..mst dia cakap bagus2x cucu Adam....Tapi sekejap ja ni.. lepas aku update blog ni..aku akan betambah semangat..

Tak sabar nak tunggu hari jumaat. sebab keputusan online KPLI-JQAf jumaat ni bersamaan 12/10/2012. Selain tu akan tamatla hari bekerja kita kan kan kan... hehehe... 

p/s: jangan malas2x setan suka.. jadi kena lawan balik..aku tak malas,!!

Monday, 11 June 2012

The day when I realize it....

SAKIT...

itu yang aku rasa hari ini...dan sekali lagi kesakitan itu datang..
aku tau...x manis aku dedah perasaan sakit 2 d sini...tapi aku rasa ingin meluah..kepada yang sudi membaca
Aku tau aku bukan sapa2... tapi aku dah cuba sedaya upaya untuk menjadi lebih baik..tapi apa yang aku dapat
hanya sakit....

SABAR...

Ya sabar itu adalah nikmat..jika kau dapat bersabar dengan ujianmu..tapi...kadang syaitan
berjaya membisikkan sesuatu..kepadaku...tapi kan mujurlah aku sedar...

CINTA...

ya cinta yang buat aku sakit..sabar ....

BALASAn..

Kadang2 aku harap ALlah akan membalas semua yg mereka buat padaku..biar mereka rasa apa yg aku raaaaasa... aku bukan lah yang baik sangat untuk mendoakan kebahagiannya.. Tapi biarla mereka akan pernah merasa kesakitan yang ku hadapi ...

=(  aku rasa macam dunia ni gelap jer..

Thursday, 17 May 2012

Ramadhan Tak Lama Lagi

Peningnya kepala aku hari  ni..
nak tau pasal apa??? sebab aku puasa hari ni..puasa ganti..
aku rasa mcm budak2 pula.. mcm nak sungkai je tadi pagi...tp aku x nak ikut sangat telunjuk syaitan...
jadi aku aim la lepas je tghari aku puasa hari ni..kira okla...jadi xdela perasaan aku mok besungkai...hehehe

tapi..aku pening kepala pula hari ni..susah nak wat kerja..dahla kerja ku ni memerlukan otak utk berfikir...huhuhu cant think...hehe...so aku menulis la kat cni..bla blabla...

harap2 taun ni habisla aku gnti ..byk sgt hutang dengan Allah...hmmmm...

Bye.. =)

-NorainieAngelo-

Thursday, 26 April 2012

JODOH DITANGAN TUHAN...

harini spoil tul mood aku... entahla aku rasa mcm nak bina hidup baru tanpa dibayangi kisah silam ...

iya past is past..ttp kerana past juga kita menjadi diri kita sendiri rite??

aku punya dunia
duniaku begini
ku punya mata
ku punya telinga

jangan anggap ku batu
yang tanpa perasaan
melihatmu dengannya 
aku panas


kat atas ni lirik lagu jodoh ditangan tuhan...saja aku nak post.. sebab aku ngah feeling dengar lagu ni...

yg aku suka lirik yang ni...

coba raba batinku
coba tatap mataku
melihatmu dengannya
ku cemburu

kenapa aku suka..opkoz la ada kena mengena dengan aku... kita bukan buta hati utk melihat orang yg kita sayang bersama orang lain...tapi cuba tabahkan hati...lama2 hati jadi batu.... orang lain nak masuk pun susah.... 

Tapi utk apa cemburu...buang masa jer...tpi kalau diraba hati....mst ada cemburunya.... mmg betulla kita manusia biasa..yg penuh dengan kesilapan.....

Salam... NorainieAngelo..

P/s : x caya lagu ni menyentuh perasaan ..cuba dengar...hehehe


Wednesday, 25 April 2012

Bahagianya jadi perasan... Yang Mendengar tak Tertahan...

' comel ka aku...ada orang cakap aku comel'.....

yg mendengar tak tau nak cakap apa...kalo comel pun x payah la tanya orang kita ni comel k tak...

yekan??? kalau dia tanya sekali xper ini berkali2.. tidak ke rasa menyampahnya..hehhee

Actually aku selalu juga buat begini..comelnyer aku....hahha....apa yg aku rasa aku bahagia walopun aku nmpk perasan la sesangat...


mst yang dengar mst rasa menyampah...tpi bukan aku perasan sebenar nya..aku taula aku x comel..aku sajer jer nak sakitkan hati orang yg mendengar supaya nmpk meriah...hehe..kalo xde orang perasan kan x best...smua perasan bagus, skema..boringla kan...hehe

aku terasa nak tulis entry begini sebab aku ada bc status dalam fb..ada org cakap dia handsome..aku yg x berapa nak kenal rasa mcm...e perasannye mamat ne.. x yah la orang post kat fb walopun betul ada orang puji dia handsome....kita x tau samaada orang puji kita ikhlas k x...hmmmm.... lagipun apa yg cantikk 2 semua datang dari Allah.swt..jadi kita kena selalu la berterima kasih dengan dia.....hehe ayat akukan mcm aku bagus sangat...

lastly..aku doakan korang bhagia dengan sikap keperasanan kita..hehehe....pedulila apa orang cakap yg pntg kita bahagia...sakit telinga dorang x tahan pun bukan ada kurang duit dorang ...hehehehe....

-NorainieAngelo-

Tuesday, 24 April 2012

Sedangkan dalam mimpi lagi kena reject inikan di alam nyata,,,

 Fuyoo aku punya tajuk arini mmg power...la ..power bg aku la...korang pula aku tak tau..
Tba2 aku nak cakap pasal mimpi arini...coz semalam aku mimpi...akukan bgun tdo jer mst akan pikir apa aku mimpi semalam..sebab kemungkinan besar mimpi ku akan pengaruh masa depan aku...hahah...ye k tak aku pun x tau..aku assume begitu jerla...


Tapi nak cakap pasal tajuk pula...haha...aku tak tau nak explain mcmna tp begini la...aku suka dengan llki ni...aku rindu betul2 dengan dia... sampai aku bawa dalam mimpi...  tp pendekkan cerita dia reject aku la dalam mimpi 2... tp xdela... terang2 dia reject aku..tp kita paham2 lakan...


So kesimpulannya..inikan dalam mimpi pun aku kena reject ini kan alam nyata.... entahla...aku malas nak suka2 cintan cintan...ni..tp kadang2 2 ada jugala...nak...sekejap jerla ..pastu xde lagi..tp bila ada perasaan begitu yang aku tak tahan 2....hehehe....


Itu jerla malas nak citer panjang2.... nak sambung wat kerja...

Salam- NorainieAngelo- 

Monday, 23 April 2012

PROTON PROTON PREVE...

Eloooo....

wasap berasap berapi...hehe tba2...arini aku nak citer psl..proton...
sebab aku geram betul sekarang ramai betul orang cakap pasal proton preve....

 cantik memangla cantik..pastu start pun pakai push button...itu jak yg aku beminat..yg lain aku x berminat...dahla mahal gila lagi 2..... tlgla....hmmmm...

Aku malas dah nak pakai proton ni... kalo da duit bagus beli import car..lagi2 kete kat LABUAN ni sangatla murah.... Honda jazz baru 62k..... Proton preve harga kat market pun 70+++.... sapela kaya sangat pegi beli,.... bagi aku yang duit pun cukup2 makan..minta maaf ler...

Oke...nak chaw...salam dari NorainieAngelo ^^,



Thursday, 19 April 2012

YANG KU SUKA DAN SANGAT2 SUKA....

Kita kat dunia ni mmg ada yg kita suka dan tidak suka....tapi kali ni nak citer psl yang sy suker je...x nak citer yang benci taw x suka...

Apa yang paling aku suka apa eh ..kita stat dengan makanan dulu..aku suka mkn kat MCD... menu paling aku suka BIG n TASTY..

yg bole buat aku gemuk..skg ni mcm nak hari2 aku g sana..tpi kalau hari2 g sana maw pokai aku..hehe...yg paling teruknya nnt aku jadi mcm tong dram..entah2 tong dram g cantik dari aku....wakakakaka.....


lepas 2 aku suka...kereta...aku suka import car...maklumla nampk standard sapa x suka...ish2 x bagus riak...tapi apa2 pun aku mmg suka kereta ni....

 Sapa tau ni keta apa...malas aku nak mention kete apa....paham2 la korang..aku lama dah berminat dengan kereta ni...plan nak beli next year... InsyAllah kalau diizinkaNya... actually aku dah ada kete dah... tp mcm x puas hati..sebab selalu jer accident ....hmmmm....myb mmg ditakdirkan aku beli kete honda ni kot...hehehhee


Last sekali but not least.... ini aku punya dream..aku nak beli rumah.... tp x tau bila... harap2 la next year kan.... rumah idaman aku begini.... hehehe...


cantikkan..tapi aku nak mewah ckit..hmmm entah boleh dapat ka x..... itu jerla utk harini...nak sambung wat keja balik....hehehehe

salam ke empat dari saya Norainie Angelo ^^,

Jin , Bunian Hantu, dan Seangkatan dengannya...adakah benar2 wujud?

Salam,


harini tba2 nak citer pasal makhlus2 halus kat muka bumi ni.... Emmmm sebenarnya aku mmg takut nak citer2 sal hantu ni...tapi nak citer juga akibat keconfusen yg amat....tp betulka aku confuse aku pun x tau..nak cakap aku x percaya..aku pecya...tp akibat cerita yang selalu ditokok tambah..dan selalu besilang dengan pendapat ulama aku jadi confuse...kan aku ni pasal2 ilmu2 ghaib ni mmg la cetek....hohohoo...


aku confuse la..adakah bunian dan jin benda yang sama?? ada someone cakap dengan aku x sama...so entahla..lagipun aku x pernah masuk alam ghaib...dan x akan pernah.....dan x pernah mahu...


Jin pula..mmg terang2 dalam Alquran cakap mmg ada jin kat dunia ni..so 100% la aku percaya...hehehe...eee seram x nak tengok muka jin sebenar...biarla orang lain nmpk..aku tak nak..kikikiki....InsyAllah...


Hantu pula??? ada banyak nama hantu..sekarang pun kat tv byk citer hantu...dulu masa aku muda remaja...lgsung aku x pecaya yg hantu ni wujud... Bukan main beraninya aku dulu..sbb aku x percaya...tp after satu insiden ngeri dalam hidup aku...aku tepaksa pecaya la.... aku pernah dengar hantu tp x pernah nampak... MAksudnya.....ada orang rasuk dalam badan seseorang dia cakap nama dia Pon.( phm2la yer aku x nak tulis. tulis pun aku seram).... 


Seangkatann dengannya cthnya ada orang tgk roh  bejalan...roh nikan termasuk dalam alam ghaib...yg ni susah aku nak percaya...bolehkah nmpk roh... 




Last sekali Ya Allah...jauhilah aku dari hantu setan....eeeee.....seram..seram je yer bukan takut...takut hanya pada dia...tp benda ni xkan boleh kacau kita TANPA IZIN ALLAH SWT....
so kena doa banyak2...


Korang mmg x takut, sebab belum pernah kena...yg aku ni pernah dengar je..nmpk belum...pun dah seram..Wallahualam....


Salam ketiga.. dari saya Norainie Angelo ^^,



Tuesday, 17 April 2012

Kenapa Mst LuaH pErasaan Di FACEBOOK....

Tadi aku cakap nak wat kerja...tba2 aku da ilham nak wat entry pula...

Aku nak share something ngan u all semua... ttg facebook..sekarang semua orang tahu apa tu facebook...tapi aku bukan nak cakap pasal itu... Aku nak cakap sal tajuk kat atas..

tadi aku sembang2 ngan kawan lama aka bestfriend aku ya...kami sembang2 psl kenapa orang suka luah perasaan kat facebook..semua nak share...g makan psot, dimana post dan macam2 lagila.. tapi yang x leh terima 2...kes hina2 sindir2 pun dekat facebook..apakah jaddahnya...tau la facebook 2 mereka yang punya... tapi kes hina2 ni nampk macam childish... i tot bukan aku jak yang ada perasaaan begitu kot....

Tapi be matured itu lebih cool...gugurl x bole terlampau emosi....orang lelaki tgk x cantik...hehehehe....

dats all lah..x leh nak explain pnjg2 sangat..ada kerja...
sgt bz hari2...

Salam kedua dari saya...Norainie Angelo ^^,

Tahun 2012

Tahun ini adalah tahu harapan dan tahun penyelesaian bgku...harap tahun ini akan berlalu dengan riang...walaupun aku diduga...dengan bermacam-macam dugaan.. Tapi aku tahu Allah itu maha adil dan setiap yang berlaku pasti da hikmahnya..yg penting aku mst bertahan dan terus bertahan ..agar semua yang ku impikan tercapai tahun ini... dan biarla tahun ini meninggalkan kenangan  manis dalam hidupku...

Kenangan Manis???

entah aku pun x tahu apa yang aku paling ingin dalam hidupku... tp aku ada demand dalam diri yang perlu aku penuhi...sama seperti setiap insan tau manusia2 di luar sana....

Apa2 yang Allah Swt rancang utk aku, aku akan cuba terima seadanya..dan redha dengan apa yang pernah berlaku..dengan aku..walaupun pahit bagaimanapun...

YANG PENTING.... Aku sayang Allah SWT..sebab dia setia dengan aku dan tidak akan pernah meninggalkanku.. sayang mama ngan babah jua..dan adik beradikku yang comel2 cantik2 dan handsome...hehehehe.... (lain kali aku tunjukkan picture family yang aku cakap 2..)...

UTK HARI INI...

itu je...rehat dah habis..so aku kena sambung wat keja balik...

ADA MASA KITA JUMPA LAGI..

Salam pertama dari saya..- Norainie Angelo ^^,